Haiyya Natakallam Billughotil Arabiah |
Sifat Musyabbahah adalah dari jenis Isim Musytaq, iaitu Isim yang terbentuk dari kata lain dan mempunyai makna yang berbeza dari kata asalnya. Isim Fa'il adalah dari kalangan Isim Musytaq dan memiliki wazan yang tersendiri.
Sifat Musyabbahah ialah Isim yang menyerupai Isim Fa'il iaitu orang melakukan perbuatan tersebut tetapi sifat musyabbahah lebih tertumpu kepada sifatnya yang tetap. Contoh:
عَطْشَانٌ
"orang yang kehausan"
عَطْشَانٌ adalah dari kalimah عَطَشَ bermaksud 'dahaga' atau 'haus', haus adalah sifat.
Terdapat beberapa perbezaan antara sifat musyabbahah dengan isim fai'l itu sendiri, nama musyabbahah tu maknanya menyamai, iaitu menyamai Isim Fa'il. Hampir serupa tetapi ada bezanya.
Nak kenal sifat musyabbahah biasanya sifat yang diambil daripada fi’il lazim, (fi’il yang tidak memerlukan maf’ul bih). Sifat Musyabbahah menunjukkan pengertian yang disifatkan dengan fi’il secara tetap dan tidak berubah Oleh kerana ianya adalah sifat yang tetap maka tidak terkait dengan masa.
Sifat Musyabbahah yang diambil daripada الفعل الثلاثيِّ المجرَّد dirumus empat wazan. Wazan yang dirumus mengikut sifat-sifat yang terdapat pada fi’il adalah sebagai berikut;
أَفْعَلُ، وفَعْلانُ، وفَعِلٌ، وفعيل
1. Sifat Musyabbahah atas wazan أَفْعَلُ
أَفْعَلُ wazan daripada atas sifat warna, sebagai contoh أَحْمَرُ dari حمر ,orang yang memerahkan dan menampakkan sifat keaiban, seperti أَعْمَى dari عَمِىَ, orang yang buta dan menampakkan sifat kecantikan seperti أَكْحَلُ dari كحل bagi orang yang mata bercelak.
2. Sifat Musyabbahah atas wazan فَعْلانُ
Wazan فَعْلانُ menunjukkan sifat kekosongan seperti العطشان ,orang yang kehausan dan sifat kepenuhan seperti الرَّيان orang yang hilang kehausan (penuh dengan air) dan juga sifat kepanasan yang tidak nampak selain dari penyakit seperti الغَضْبَانُ , orang yang kemarahan.
3. Sifat Musyabbahah atas wazan فَعِلٌ
Wazan فَعِلٌ bagi menunjukkan sifat penyakit-penyakit jasmani atau apa yang menyerupainya atau apa yang berlawan dengannya, seperti مَغِصٌ , - orang yang sakit perut- dan atas sifat keperibadian seperti شرسٌ - orang yang jahat - dan sifat penyakit batin sepertiحزنٌ , - orang yang sedih -, dan sifat yang berlawan dengannya seperti فَرِحٌ, -orang yang senang .
4. Sifat Musyabbahah atas wazan فَعيل
Wazan فَعِيلٌ bagi menunjukkan sifat kebesaran seperti كريم عظيمٍ ,حقيرٍ, سميحٍ, حليمٍ ,حكيمٍ ,رئيسٍ dan sebagainya.Sementara itu, Sifat Musyabbahah yang diambil daripada غير الثلاثيِّ المجرَّدِ berada atas wazan اسم الفاعل.
Sebenarnya terdapat banyak lagi kalimat sifat musyabbahah yang tidak memiliki wazan-wazan yang tertentu melainkan kena merujuk kepada kamus, bacaan, dan mendengarnya dari lidah-lidah orang Arab. Jadi kena rajin-rajin merujuk kepada kamus dan mendengar percakapan orang Arab.
14 comments:
x de pon org komen huhu
tahniah..satu usaha yang baik utk pelajari bahasa arab,hawa.
assalamualaikum, nak tanya boleh
maksud fa'il sulasi mujrad tu apa ye,
terima kasih banyak2 sebab sudi kongsi nota ini. selepas ini boleh saya tanya tajuk lain pula
FAIL YANG BEASAL DARI FI'IL TIGA HUUF YANG TANPA HUUF TAMBAHAN
Terima kasih <3
Dah buat nota ni pun cukup bagus.. tahniah..
terima kasih
Terima kasih, sangat bermanfaat, semoga Allah balas dengan kebaikkan. AMINNNN
Setuju..sgt bermanfaat..
Mantap...
niceee
Jazakallah khaira. Sgt bermanfaat!
jazaka allah khairan kasira
terima kasih kak
Post a Comment